Peneraju Skil

Program latihan pembangunan kemahiran mengikut permintaan industri bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan industri dan antarabangsa. Program ini mempunyai dua segmen iaitu Peneraju Skil Iltizam (pelajar keciciran/pelajar yang lebih cenderung ke arah vokasional dan teknikal) dan Peneraju Skil (pekerja mahir) yang meliputi pelbagai industri. Antaranya:

- Minyak, Gas & Tenaga
- Perkhidmatan Kewangan
- Perkhidmatan Perniagaan
- Elektrik & Elektronik
- Kandungan Komunikasi & Infrastruktur
- Penjagaan Kesihatan
- Pelancongan
- Logistik

Peneraju Skil

Program Peneraju Skil merupakan program yang memberi fokus kepada pengurusan dan pemupukan kemahiran teknikal. Pada dasarnya. Program ini menyediakan bantuan dalam bentuk pembiayaan biasiswa, kemudahan pendidikan dan latihan yang relevan kepada lepasan vokasional dan Bumiputera yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tertentu seterusnya menceburi bidang kerjaya berpendapatan tinggi dalam sector sektor minyak dan gas, elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kewangan dan lain-lain.

Antara program yang ditawarkan di bawah teras ini adalah seperti berikut. Sila klik pautan di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut ..



Peneraju Skil – Chargeman Peneraju Skil – Jurukimpal Peneraju Skil – Inspektor Kimpalan