PERMOHONAN PENERAJU TUNAS GELIGA 2017

Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga terbuka kepada semua murid lepasan UPSR 2017 yang berpotensi dan dari latarbelakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang lebih cemerlang. Murid mestilah mendapat sekurang-kurangnya 4A (bagi murid Semenanjung Malaysia) dan 3A (bagi murid Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan percubaan/peperiksaan sebenar UPSR 2017.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi program biasiswa Peneraju Tunas Geliga bagi tahun 2017 kini dibuka! Sila rujuk butiran di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Peringatan


  1. Para pemohon dinasihati untuk membaca langkah-langkah permohonan sebelum membuat permohonan sama ada secara manual atau atas talian.
  2. Permohonan mesti dilakukan melalui SATU medium sahaja. Sekiranya pemohon memilih untuk membuat permohonan atas talian, pemohon TIDAK BOLEH menghantar borang permohonan secara manual atau sebaliknya.
  3. Sekiranya pihak Yayasan Peneraju mengesan sebarang pertindihan permohonan, permohonan tersebut TIDAK AKAN DIPROSES.

Permohonan Secara Manual (Hanya untuk kegunaan guru sekolah yang berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman SAHAJA)


Tarikh permohonan:
23 November 2017 - 8 December 2017


Langkah-langkah permohonan:

  1. Pemohon dikehendaki memuat turun Borang Permohonan, Senarai Semak Dokumen dan Borang Pengesahan Murid di laman web Yayasan Peneraju.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dan lengkapkan semua salinan dokumen di Senarai Semak Dokumen. Semua salinan wajib disahkan oleh pegawai kerajaan Gred 41 dan ke atas, Ketua Kampung, Penghulu atau Ketua JKKK sahaja.
  4. Lengkapkan Borang Pengesahan Murid dan dapatkan pengesahan daripada pihak sekolah.
  5. Borang Permohonan, Senarai Semak Dokumen (semua salinan dokumen yang telah disahkan), dan Borang Pengesahan Murid perlu dihantar dan sampai di alamat berikut sebelum 8 Disember 2017. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup TIDAK AKAN DIPROSES.

Alamat:
U/P: Cik Azri Ardila Nor Azizi (Peneraju Tunas)
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
15-1, Mercu UEM,
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral,
50470, Kuala Lumpur.


Permohonan Secara Atas Talian


Tarikh permohonan:
23 November 2017 - 8 December 2017


Langkah-langkah permohonan:

  1. Daftar akaun dengan memilih kategori permohonan individu/ibu bapa atau guru. Klik pada pautan yang dihantar melalui emel bagi mengaktifkan akaun.
  2. Baca arahan dengan teliti . Pastikan setiap ruangan diisi dengan maklumat yang betul dan klik “Simpan sebagai Draf” setiap kali selesai mengisi di semua ruangan.
  3. Pastikan anda menghantar permohonan dengan menekan butang “Hantar” setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan.
  4. Klik pada ‘Status Permohonan’ untuk menyemak status permohonan anda.
  5. Borang yang telah lengkap perlu dicetak dan disimpan oleh pemohon.
  6. Sila bawa bersama Senarai Semak Dokumen dan Borang Pengesahan Murid semasa sesi temuduga dan penilaian dijalankan.