REQUEST FOR QUOTATION

Peneraju Tunas

Program pembiayaan pendidikan untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi, berpendapatan isi rumah rendah (RM 4,000 ke bawah) dan dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

Peneraju Tunas Geliga

Terbuka kepada semua murid lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berpotensi tinggi dan dari latar belakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang lebih cemerlang untuk penempatan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ATAU Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai Peneraju Tunas Geliga

Peneraju Tunas Potensi

Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM , pelajar semester akhir Matrikulasi/Asasi dan pelajar tahun pertama Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai Peneraju Tunas Potensi.