REQUEST FOR QUOTATION

Tanggungjawab Bersama

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada perjuangan kami, anda boleh menyumbang dalam pelbagai cara!

1. Penyumbang Dana (Korporat atau Individu):

Melalui syarikat anda dan juga secara individu, anda boleh memilih untuk menyumbang dalam bentuk dana (kewangan) dan/ataupun ‘benefit-in-kind’ (produk, program latihan, tempat latihan dan lain-lain). Hasil sumbangan ini akan disalurkan melalui program-program di bawah program-program teras. Dengan sumbangan yang diberikan, anda akan diberikan pelepasan cukai.

2. Tanggungjawab Sosial:

Program tanggungjawab sosial juga dijalankan bagi membantu mereka yang memerlukan selain melalui program-program teras kami. Kami telah mewujudkan satu rangkaian sukarelawan (volunteer network) yang merangkumi tenaga kerja kami dan juga orang awam dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Rangkaian sukarelawan ini digelar FRIENDS!

Anda boleh menjadi sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti kami ATAU anda juga boleh memilih untuk mencadangkan aktiviti kepada kami.