Keputusan Sesi Temuduga Tunas Potensi

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera


Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan satu inisiatif di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang bertumpu untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.

Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan ini termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha Kerajaan dalam menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.

Visi

Pemangkin kepada peningkatan keupayaan Bumiputera dan perubahan minda ke arah mewujudkan komuniti yang berdaya saing di peringkat global.

Misi

  • Menyediakan peluang pendidikan berkualiti dan latihan kepada Bumiputera.
  • Memupuk dan membangun bakat Bumiputera ke potensi tertinggi.
  • Menjalin usaha sama dan melengkapi pihak yang berkepentingan dalam mencapai agenda Bumiputera.
  • Menyediakan peluang pensijilan antarabangsa ke arah pekerjaan yang menjana pendapatan tinggi.
  • Mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan keluarga, pendidik dan komuniti.

Kumpulan Sasaran

  • Bakat-bakat Bumiputera berpotensi tinggi.
  • Golongan yang dari kelompok 40% ke bawah (yang akan dipertimbangkan untuk bidang bukan akademik).
  • Golongan yang memerlukan peluang kedua.
  • Golongan yang dari persekitaran yang mencabar.

Pendekatan Kami

Memahami cabaran-cabaran kehendak industri, program-program yang kami jalankan tidak hanya memfokus kepada kompetensi teknikal sahaja malah 'soft skills' juga. Pendekatan ini dinamakan 'Nurture & Develop' atau 'Memupuk & Membangun'. Pendekatan ini sebagai salah satu daripada janji jenama kami, kami yakin yang pemegang biasiswa kami akan menjadi holistik.