Merealisasi Aspirasi.

Memupuk dan membangunkan bakat Bumiputera ke potensi tertinggi.
Lebih
205
Penerima Faedah
Lebih
1
Program Pembiayaan Ditawarkan
*Data setakat 29 Februari 2024
*Data setakat 29 Februari 2024
Lebih
205
Penerima Faedah
Lebih
1
Program Pembiayaan Ditawarkan

Program-program Pembiayaan Pendidikan

Peneraju Tunas

Peneraju Tunas

Program pembiayaan untuk pelajar-pelajar dari keluarga kumpulan M40 ke bawah untuk meningkatkan kemahiran insaniah kritikal, mendapatkan pensijilan yang diiktiraf industri di samping meningkatkan pembangunan peribadi, kecemerlangan akademik dan persediaan menghadapi dunia kerjaya.

Peneraju Skil

Pembiayaan kemahiran bagi meningkatkan dan melatih semula skil vokasional dan teknikal dengan pensijilan diiktiraf industri atau antarabangsa dalam pelbagai sektor seperti automotif, elektrik & elektronik, pembuatan, maritim, minyak & gas dan lain-lain.

Peneraju Profesional

Pembiayaan pensijilan profesional untuk meningkat dan melatih semula kepakaran dalam sektor perakaunan, kewangan & perkhidmatan perniagaan.

Peneraju Teknologi

Pembiayaan pensijilan untuk peningkatan kepakaran dan kemahiran dalam bidang teknologi seperti Big Data, Cybersecurity, Machine Learning, Cloud Computing, DevOps dan banyak lagi.

Peneraju Spesialis

Pembiayaan bagi bidang spesialis untuk peningkatan kepakaran di dalam sektor penjagaan kesihatan.

ShYFT

Scholars of Yayasan Peneraju for Transformation

ShYFT menjemput para alumni Yayasan Peneraju untuk mendaftar keahlian sekarang!

Pertama Kali Melawat Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera?

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.

Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis.

PENYUMBANG DANA

Pengumuman dan Peringatan:

Nama berdaftar organisasi kami adalah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Kami lebih dikenali sebagai Yayasan Peneraju (atau YPPB bagi sesetengah pihak).

Program-program kelolaan kami bersifat biasiswa (penuh atau separa). Seperti yang dinyatakan di dalam laman sesawang kami, TIADA bayaran kemasukan/pendaftaran dikenakan untuk program-program kami.

Kami menawarkan program-program di seluruh Malaysia dengan kerjasama dari pelbagai pihak. Sekiranya terdapat sebarang keraguan tentang program-program/pihak-pihak yang mempunyai persamaan dengan kami, anda dinasihatkan untuk hubungi kami di 03-2727 9000 untuk pengesahan.

Laman sesawang rasmi/akaun media sosial kami adalah: www.yayasanpeneraju.com.my

Akaun media sosial kami adalah:

PENGUMUMAN

Permohonan program-program pembiayaan penuh bagi pensijilan perakaunan profesional untuk lepasan SPM akan dibuka selewat-lewatnya 13 Jun 2023.